Tuesday, January 25, 2011

SNOW WHITE Pulak yg pergi

Akhirnya arnab den SNOW WHITE pergi buat selama2nya. Dia dah mengandung 2 bulan tp tak beranak2 jgk. Mcm2 cara dah buat tapi tak berhasil, ni wife tgh menangis kat umah. Genap 2 tahun kami jaga dia.

Tahun ni byk gak induk den yg tewas, ini baru bulan satu.

Redha lagi ....... huhuhuhu

Sunday, January 23, 2011

Kelahiran Arnab EA Tahun Baru 2011

Malam tadi arnab EA yg anak den bg nama Dora beranak, 5 ekor semuanya. 3 ekor tewas (huhuhu). Bela EA ni amat memerlukan kesabaran. Payah nak dapat anak dah le satu hal. Kalau beranak pun tak banyak senang mati plk tu.

Nak kata sebb cage sempit den dah besarkan, nampaknya kena jgk letak aircond cam ada mmbr dlm dunia per-rabbit-an yg buat.

Yg lagi tak syok, arnab den ni tadi dikawinkan ngan arnab color harlequin, mmg nak buat induk. Takde rezeki nmpknya. Kena cuba lagi sampai berjaya, kajian masih berjalan. Mengharapkan sinar arnab EA den tahun 2011.

Thursday, January 13, 2011

Kematian Induk

Salam semua,

harini arnab pejantan EA den mati lagi sekor, sodih sbb WUKING mmg manja.
Apa lagi tak kena pun den tak tau. 3 hari tak makan, tak minum ngan tak membuang.

Dah bwk pegi vet, diowang bg 2 injection (tak tny plk sbb muka yg meng-inject tu msm je).
Aku suspek stress sbb tukar tmpt cage, dulu aku letak sebelah makwe dia tp skang aku letak kat kat department jantan.

Payah gak klu camni, maknanya kena pasangkan siap2. Mungkin strategi ni seswai uk prjk EA den.

So, rakan2 dunia per-rabbit-an, berhati2 bila nak pisahkan arnab anda. Kes ni baru je dibincangkan kat CARIGOLD dah terjadi kat aku. Bukan rezeki, dah le menunggu EA yg tak kunjung tiba. Kira EA ghaib jelah ni.

Thursday, January 6, 2011

Penyakit Sang Arnab

Penyakit Arnab

Penyakit arnab boleh disebab oleh beberapa punca antaranya adalah akibat dari jangkitan virus, bakteria dan parasit.

Jangkitan Virus
  • Infectious myxomatosis
  • Shope fibroma
  • Papillomatosis
  • Rabbitpox

Jangkitan Bakteria
  • Pasteurellosis
  • Yersiniosis
  • Listeriosis
  • Staphylococcosis
  • Mastitis
  • Pneumonia
  • Enterotoxaemia
  • Mucoid enteropathy
  • Tyzzer’s disease
  • Salmonellosis
  • Conjunctivitis

Jangkitan Parasit

  • Dermatophytosis
  • Coccidiosis
  • Tapeworm infection
  • Mite infestation
Penyakit Bukan Infeksi
  • Moist dermatitis
  • Cannibalism
  • Hair chewing/hairballs
  • Heat exhaustion
  • Broken back
  • Pregnancy toxaemia
  • Dystocia
  • Ulcerative pododermatitis
  • Dental malocclusion
  • Hydrocephalus

Kematian Anak Arnab

Semalam je, 5 ekor anak arnab den yang baru lahir mati. Apa sebabnya plk ni, smlm wat meeting tergempar dgn geng2 rabbit melaka. Diowang pun mmpunyai mslh yg sama dan lagi teruk ada yg kematian induk ( lagi le rugi ). Ada yg ckp disbbkan keadaan cuaca, makanan dan ibu arnab takde susu.

Kemungkinan besar ketiga2 faktor kat atas tu betul.
1. Cuaca ..... Cuaca skrg ni tak menentu, kojap panas kojap sojuk. Angin pun sojuk.
2. Makanan ...... kualiti dedak pun main peranan gak. Ada yg tak kena dgn dedak yg den guna skrg ni. Byk arnab buat mogok lapar plk skang.
3. Ibu tiada susu ..... ni pun mungkin jgk berlaku sbb tgk pada puting ibu arnab berwarna merah. Mungkin disbbkan tiada susu, arnab menggigit puting terlalu kuat.

Disbbkan tu jgk den dah buat satu page utk penyakit2 yg biasa dihadapi oleh arnab. Utk rujukan den dan korang semua. Mana tau berguna satu hari nanti.

Monday, January 3, 2011

Kelahiran Tahun Baru

Salam .... kat sini den nak share kegembiraan den se-family.

Alhamdulillah, hari ni 2 ekor induk dah beranak ngan ada 2 ekor lagi dah start cabut bulu. Mimpi arnab lain yg beranak tp rupa2nya yg lain plk beranak.Rezeki tahun baru, dan den berharap arnab2 den yg lain akan teruskan mood beranak. Jgn mogok lagi udah le.

Kalau ada masa nanti den akan tepek gmbr arnab2 den yg beranak tu ......

Tahun Arnab dah datang

Arnab (zodiak)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dua belas haiwan dalam astrologi Cina:
Tikus Lembu
Harimau Arnab
Naga Ular
Kuda Kambing
Monyet Ayam
Anjing Khinzir
Rabbit.svg
Arnab () ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang arnab dilambangkan oleh dahan duniawi . Dalam versi Vietnam bagi zodiak ini, bintang arnab diganti oleh bintang kucing.

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Arnab," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

Sifat

Sifat
Kedudukan zodiak ke-4
Waktu naungan 5 – 7 pagi
Mata angin Timur
Musim dan bulan Musim bunga, Mac
Bulan qamari 6 Mac hingga 4 April
Zodiak Barat yang bersamaan Pisces
Polariti Yin
Sifat positif Peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni
Sifat negatif Tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, hipokondria, naif, pengecut, mudah terpedaya
Paling serasi Khinzir, Kambing
Sederhana serasi Anjing, Arnab, Ular, Kuda
Tidak serasi Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Kera, Harimau